Simone Biles merangkul gelaran kelapan Kejuaraan Seluruh Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh persiapan kurang dari sebulan setelah menamatkan 'persaraan' singkatnya selama dua tahun daripada gimnastik.
Juara dunia 19 kali berusia 26 tahun itu melakar kejayaan tersebut di San Jose, California -- 10 tahun selepas memenanginya buat julung kalinya -- dengan memungut 118.40 mata, empat mata di hadapan naib juara, Shilese Jones.
Biles kembali bertanding di Chicago awal bulan ini selepas mengalami konflik dalaman terhadap perhatian awam hingga mengggemparkan arena gimnastik apabila memutuskan menarik diri dalam lima daripada enam acara Sukan Olimpik Tokyo pada 2021 demi memberi tumpuan kepada kesihatan mentalnya.
Pemenang tujuh pingat Olimpik itu menjadi juara wanita tertua dari AS sejak acara itu pertama kali dianjurkan oleh Gimnastik AS pada 1963.
Dia dijangka menambah koleksi 25 pingatnya menerusi Kejohanan Dunia di Antwerp bulan depan.
Biles belum mengesahkan sama ada dia merancang untuk bertanding dalam Sukan Olimpik tahun depan di Paris.
Dalam masa sama, juara Olimpik 2021, Sunisa Lee, yang berjuang dengan masalah buah pinggang misteri sepanjang tahun ini memberikan aksi bertenaga dalam kekuda pelana dan berkemungkinan menuju ke Antwerp.

.@Simone_Biles 8️⃣ this up.
— Team USA (@TeamUSA) August 28, 2023
She's the first gymnast in history - man or woman - to win 8 U.S. all-around titles!#XfinityChamps pic.twitter.com/vcz2T3b9yN