MPL MY

Simon Lim optimis pemain Selangor Red Giants kekal di Lembah Klang

Saufi Tahir 18/07/2024 | 11:40 MYT
Ketua pasukan Selangor Red Giants, Simon Lim, berasa yakin bahawa barisan jurulatih dan para pemain akan terus kekal bersama pasukan gergasi merah itu pada musim depan.
Walaupun menerima banyak tawaran daripada pasukan lain, pihak pengurusan komited untuk mengekalkan pemain terutamanya Sekyss yang telah lama bersama pasukan serta merupakan tunjang utama buat SRG merangkul kejuaraan Mid Season Cup 2024, minggu lalu.
Kejohanan SRG seterunya dengan cabaran adalah Kejohanan Snapdragon dengan aspek penggunaan telefon pintar yang berbeza akan menjadi cabaran utama buat pasukan dari Lembah Klang itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saingan seterusnya adalah Kejohanan Snapdragon yang berlangsung di Kuala Lumpur dan hanya ada enam hari saja untuk berlatih apabila pemain pulang daripada tempoh rehat.
Dalam pada itu, pembantu jurulatih SRG, Pooon Kok Sing atau lebih dikenali sebagi Ozoraveki, tidak menjangka pencapaian SRG muncul juara kerana pentas MSC 2024 baginya hanya sebagai medan untuk memberikan penggalaman sahaja buat para pemain.
"Kami berkerja keras dan tidak berehat, kemenangan itu kami tidak jangka secepat ini kerana jangkaan kami adalah pada saingan M6." tambah ooon Kok Sing.
#ESukan #Selangor Red Giants #Simon Lim
;