Skip to main content

Sukan Lain

Simbah asid: Jurulatih di gimnasium Melawati ditahan kerana ancam wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gimnasium.jpg
Seorang jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium di Taman Melawati berusia 42 tahun ditahan gara-gara mengugut mahu menyimbah asid kepada seorang wanita pada 22 April lalu.

Jurulatih terbabit menegur dan berbual dengan wanita berumur 32 itu yang sedang berehat sebelum memberi amaran supaya tidak berkelakuan sombong.

"Dalam perbualan itu suspek ada berkata supaya wanita terbabit jangan sombong sekiranya tidak mahu disimbah asid dan terus beredar dari situ.




"Ia menyebabkan wanita itu yang ahli pusat kecergasan berkenaan berasa takut dan kemudian membuat laporan polis," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, dalam satu kenyataan. 

PDRM kemudian mengesahkan lelaki itu ditahan pada Rabu lalu untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan suspek mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang Jaya, semalam,  serta dikenakan ikat jamin RM300 dengan seorang penjamin.

Sebutan kes ditetapkan pada 22 Julai depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video