Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Silat Premier Sarawak: Wakil skuad kebangsaan tempah slot ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afiq.jpg
Wakil skuad kebangsaan, Afiq Aniq Fazly yang dibimbing bekas juara dunia, Siti Rahmah Nasir berjaya menempah slot final Kejohanan Silat Premier Sarawak selepas menidakkan cabaran Awang Iskandar Awang Chek dari Sarawak.

Kedua-dua pesilat beraksi sengit di pusingan pertama dengan masing-masing saling berkejar mata hingga seri 6-6 sebelum Afiq menjarakkan kedudukan dengan 12-9.

Afiq tampil lebih agresif di pusingan kedua dengan mencipta jurang mata sebelum dipersalahkan atas kecederaan Awang namun tiada sebarang mata dipotong oleh wasit.

Aksi diteruskan di pusingan ketiga di mana Afiq yang diterus mendominasi pertarungan sekaligus menoktahkan saingan dengan keputusan 40-12.

Seorang lagi wakil negara beraksi di separuh akhir, Amizul Azmi Ridzuan, juga mengikut jejak langkah Afiq Aniq ke final selepas tundukkan wakil Brunei, Izzamuddin Taha.

Satu-satunya wakil Brunei di separuh akhir, bermula dengan aksi garang, meninggalkan Malaysia 10-6 sebelum Izzamuddin bangkit 17-16.

Enggan putus asa, Brunei terus mengikat Malaysia 17-17 di pusingan kedua sebelum dipersalahkan atas kecederaan lawan hingga memaksa juri memotong lima mata Brunei menjadi kelebihan buat Malaysia untuk memastikan pusingan kedua dalam genggaman dengan 27-23.

Izzamuddin tidak mensia-siakan peluang, dia terus cemerlang mencipta jurang mata sekaligus menoktahkan saingan dengan keputusan 40-28.

Advertisement

Must Watch Video