Skip to main content

Permotoran

SIC Ohvale Junior Championship: Keluarga, guru besar saksi Ziqri Rayyan tawan Litar Lumba Tangkak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ziqri-rayyan.jpg
"Kali pertama sertai, kali pertama naik podium. Dan kali pertama juga raih kejuaraan berganda."

Demikian magis yang dicipta seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Ziqri Rayyan Razif, dari Sekolah Kebangsaan Datuk Penghulu Luak Jempol, dalam pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia di Litar Lumba Tangkak hari ini. 

Penampilan sulungnya menerusi kategori SIC Ohvale Junior Championship menjadi detik bersejarah meskipun pernah bergelut dalam pusingan awal dan kedua di Sepang dan Beranang.

"Saya sangat bersyukur dan bangga dapat menghadiahkan kejuaraan kepada ibu bapa. 




"Mereka banyak berkorban untuk saya," katanya. 

Bapanya, Razif Misfan berkata: "Sebelum ini dia berlumba dalam kancah motorcross dan tahun ini kami beralih kepada benda baru."

Tambah ibunya, Zaimah Harun:"Dia terus berusaha, tidak toleh ke belakang. 

"Setiap hari dia melakukan latihan."



Sementara itu, kejayaannya itu turut diserikan dengan kehadiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Penghulu Luak, Jempol, Lokman Said, turut hadir memberikan sokongan. 

"Ini kali ketiga dia menytertai pertandingan ini. 

"Saya harap dia dapat mengulangi kejayaan dalam perlumbaan seterusnya. 

"Saya harap dia boleh menjadi contoh di sekolah dalam sukan permotoran ini," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video