SUKMA
SIC bakal jadi venue pembukaan Sukma Selangor?
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hampir pasti menjadi saksi majlis perasmian gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2026 dan jika ia disahkan, bakal melakar sejarah baru kerana buat pertama kalinya dianjurkan di litar ikonik itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, mengesahkan perbincangan sepakat bersama pihak SIC telah mencapai tahap 80 peratus, termasuk jumlah pengeluaran bajet, kini dalam fasa untuk menanti kata putus.
Bagaimanapun, bagi upacara penutupannya pihak penganjur masih dalam proses meneliti lokasi yang sesuai, dengan keutamaan diberikan kepada stadium tertutup.
Ini berikutan faktor kepulangan sebahagian besar atlet selepas tamatnya temasya Sukma menjadikan ia sebagai satu keperluan untuk tempat yang lebih kecil dan kondusif.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.