Skip to main content

Permotoran

Siapakah akan bergandingan dengan Toprak bersama Yamaha?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wsbk.jpg
Berita mengenai kemasukan pelumba handalan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Toprak Razgatlioglu,  sememangnya sudah diketahui ramai.

Namun, apa yang menjadi teka teki ketika ini adalah siapakah yang akan digandingkan dengan pelumba itu dalam pasukan Yamaha nanti.

Terbaharu, pengarah bagi pasukan Yamaha, Paolo Pavesio, akhirnya bersuara bahawa pasukan itu kini mempunyai dua calon yang paling sesuai untuk digandingkan dengan pelumba kelahiran Turkiye itu nanti bagi mengharungi musim perlumbaan 2026.

Dua pelumba yang disebut adalah Miguel Oliveira dan juga Jack Miller.

Bagaimanapun, jelasnya penilaian masih lagi dilakukan ketika ini dan keputusan akhir hanya akan dibuat selepas berpuas hati dengan segala ciri yang diperlukan.

"Sejujurnya saya tidak ingin membandingkan Toprak dengan Miguel atau Jack, kami memang menginginkan Toprak, namun tentunya pemilihan itu memiliki kesanya yang tersendiri,"Jelas Pavesio pada Selasa kepada media.

Bagaimanapun, jika kita melihat prestasi semasa kedua-dua calon yang diperkatakan itu, Miguel Oliviera sebenarnya agak ketinggalan disebabkan kecederaan yang dialaminya pada awal musim 2025.

Sementara, Jack Miller pula meskipun belum lagi berada pada tahap yang agak stabil, namun dia telah menunjukkan kesan yang agak positif setakat ini.

Namun, jelas Pavesio dia masih lagi mahu melihat perkembangan selanjutnya kedua-dua pelumba tersebut sebelum sebarang keputusan mampu dibuat.

Buat masa ini katanya, keadaan masih lagi terlalu awal untuk menentukan keputusan itu melainkan keputusan untuk membawa Toprak menyertai dunia MotoGP pada 2026.

Advertisement

Must Watch Video