Siapa pengulas pilihan untuk Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025?

Kamal Nizam
Jun 19, 2024 15:16 MYT
Dengan laporan yang menggembirakan di mana Malaysia selangkah sahaja lagi dalam menjadi tuan rumah Piala Asia 2025 buat pertama kali dalam sejarah.
Ini menjadi tanda tanya tentang siapakah bakal menjadi pengulas utama sepanjang saingan Piala Asia itu berlangsung.
Nama seperti Hj. Zainal Abidin Rawop, Izwan Md Nor, Wan Khairil Azwa & juga Aiman Roshizam pasti menjadi barisan pengulas utama Astro Arena.
Persoalannya, siapakah pilihan utama anda semua untuk menyinari Piala Asia 2025 nanti?
#ISTAF #sepaktakraw #ASTAF #Piala Asia 2025
;