Skip to main content

Sukan Lain

Sherif Los Angeles jangka Tiger Woods tidak akan didakwa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiger-woods-car.jpg
Kemalangan ngeri yang melibatkan Tiger Woods diklasifikasikan sebagai kemalangan dan sherif Los Angeles, Alex Villanueva, menjangkakan tiada sebarang dakwaan akan dikenakan ke atas pemain golf itu.

Juara kejohanan utama lima kali, Woods, terperangkap di dalam kenderannya yang remuk sebelum dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki kanannya.

Bercakap di pejabatnya malam tadi, Villanueva menjelaskan bahawa bintang golf berusia 45 tahun itu tidak menunjukkan "sebarang bukti kemerosotan kesedaran' ketika dikeluarkan daripada tempat kejadian itu.

"Adakah dakwaan wajar dikenakan dalam kemalangan? Jangan bandingkan apa-apa dakwaan dengan kemalangan ini.

"Ia masih kekal sebagai kemalangan. Kemalangan bukan satu jenayah. Ia malangnya berlaku.

"Satu lagi persoalan di sini. Adakah dia mabuk? Dia tidak mabuk. Sudah pasti kita boleh mengetepikan perkara itu. Spekulasi. Tidak bertanggungjawab.

"Tidak, tiada sebarang bukti kemerosotan. Saya sudah katakan semalam dan itulah kenyataannya sepanjang ini.

"Jika terdapat bukti, kami akan meneruskannya dan kami melayani setiap orang dengan undang-undang, tidak kira anda selebriti atau tidak.

"Tetapi tiada bukti mengenainya. Jadi, ia adalah kemalangan. Kami menganggapnya sebagai kemalangan," katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video