Pengalaman bergelar atlet dimanfaatkan sepenuhnya oleh R. Sharmendran untuk mencorak masa depan cerah buat kontinjen karate negara khususnya daripada aspek latihan dan gaya hidup sebagai atlet.
Keberkesanan rejim latihan yang kini dilaksanakan akan dinilai menerusi prestasi atlet kumite dan kata yang bertanding dalam Kejohanan WKF Karate-1 Series A bermula Jumaat ini.
Bagi mencapai indeks prestasi utama (KPI) yang diletakkan iaitu mengekalkan pencapaian 10 pingat dalam temasya Sukan SEA Thailand, Sharmendran mahu anak buahnya cuba sasarkan pingat dalam kejohanan ini dan merebut slot tersenarai mewakili negara pada penghujung tahun.
Tambahnya, Shahmalarani dan Thevendran Kaliana Sundram antara prospek penyumbang pingat susulan prestasi cemerlang ketika beraksi dalam Kejohanan AKF Senior Karate Asia, Mei lalu.
"Tidak diragu-diragukan, saya berasakan kami di landasan terbaik.
"Banyak perkara positif ditunjukkan. Saya datang dengan strategi tersendiri menjadi jurulatih ini.
"Semuanya harus seimbang dan tidak meletakkan tekanan, serta mengetahui tentang gaya hidup mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Cuba Vitamin C Ini

Untuk Tenaga Maksima
Vitamin C Berocca ini bantu badan anda lebih cergas dan bertenaga untuk aktiviti-aktiviti luar.
Cuba Vitamin C Ini