Skip to main content

Tenis

Sharapova raih wildcard Aegon Classic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

190517sharapova.jpg
Selepas gagal meraih tiket wildcard ke Terbuka Perancis, Maria Sharapova diberikan wildcard untuk menyertai Aegon Classic Birmingham.

Bekas pemain nombor satu dunia itu kembali bulan lalu selepas menjalani penggantungan 15 bulan ekoran gagal ujian doping.

Sharapova -- yang pernah dua kali menjuarai Roland Garros -- kini bakal mengharungi kempen kelayakan Wimbledon.

Turut bercakap tentang isu Sharapova, Pegawai Eksekutif LTA, Michael Downey.

"Kami telah menerima komitmen selama dua tahun daripada salah seorang atlet terkenal dunia, Maria Sharapova, untuk bermain dalam Aegon Classic Birmingham dan akan meraih wildcard utama pada tahun ini," katanya.

"Mungkin banyak pihak yang mempersoalkan isu ini tetapi Maria telah menjalani hukuman sepenuhnya," jelas Downey.

Undian di Birmingham bakal menyaksikan lapan daripada 10 pemain terbaik dunia.

Madison Keys menjadi juara pada tahun lalu manakala kali terakhir Sharapova meraih kejuaraan Birmingham adalah pada tahun 2005.

Advertisement

Must Watch Video