TERJUN
Shapawi saran Pandelela bantu cungkil bakat muda
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, membidas kenyataan penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong, apabila menyalahkan keputusan MSN menggugurkan acara terjun wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Shapawi tidak bersetuju seandainya keputusan itu dilabel sebagai salah langkah pihak MSN, sedangkan keputusan berkenaan dibuat ekoran kurangnya penyertaan penerjun wanita dalam Sukma sendiri.
Ia bukan keputusan yang sengaja dibuat tanpa sebab, Shapawi minta Pandelela agar menghentikan meyalahkan semua pihak ketika keadaan cukup tegang ketika ini.
Shapawi memberi pandangan adalah lebih baik sekiranya Pandelela turun padang melihat sendiri aktiviti pembangunan sukan terjun di setiap negeri dan membantu mencungkil bakat baru.
Jika kedudukan Pandelela ketika ini dilihat tidak relevan mungkin, ratu terjun negara tersebut lebih diperlukan di posisi berbeza.
"Dengan nama besarnya, dia boleh memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak muda.
"Kami memang menggalak bekas penerjun untuk jadi jurulatih speeerti Bryan Nickson Lomas, Khairul Safwan Mansur di Sabah dan Rosatimah Muhammah pula di Sarawak.
"Inilah bakat-bakat jurulatih yang kita perlu ada.
"Penerjun China berada di satu kelas lebih tinggi daripada kita. Saya sudah jangkakan penerjun sejak Sukan Olimpik Tokyo 2020 lagi," katanya.