BERITA SUKAN AM
Shapawi mahu kendali YAKEB ke tahap lebih baik -- bekas atlet
Selepas enam tahun memimpin, kini tiba giliran Dato' Ahmad Shapawi Ismail meneruskan legasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai benteng harapan terakhir kepada bekas atlet kebangsaan.
Hashimah percaya bahawa perlantikan Shapawi sebagai Pengerusi YAKEB adalah satu keputusan yang tepat..Tahniah! ๐๐#NadiWeekend #Yakeb pic.twitter.com/Khadkcyf3Rโ ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 8, 2025
Bagaimanapun, tampuk kepimpinan yang pernah dilakar pendahulunya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, berjaya meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk dicapai.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan, mampukah dia menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab atau suara hati bekas atlet hanya akan menjadi gema yang tidak bersambut?
Iklan
Pemenang pingat emas boling padang Sukan Komanwel Melbourne 2006, Norhashimah Ismail, percaya pelantikan Shapawi sebagai pengerusi baru adalah satu keputusan yang tepat oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Dengan pengalaman luas berkecimpung dalam kepimpinan sukan negara, Shapawi pasti memiliki kekuatan sendiri untuk menggerakkan YAKEB ke tahap yang lebih baik.
Tambahnya, tanpa kesinambungan usaha ini, nasib ramai bekas atlet akan terabai dan pengorbanan mereka untuk negara akan dilupakan begitu sahaja.
Mengulas lanjut, Hashimah yang juga merupakan ahli YAKEB menjelaskan kepentingan bantuan daripada yayasan itu kepada atlet kebangsaan untuk meneruskan perjuangan kehidupan, tatkala nama mereka mula tidak dihiraukan, ditelan zaman.

Must-Watch Video