Skip to main content

Sukan Lain

Shahmalarani lakar emas karate di Cyprus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

c-shahmalarani.jpg
Atlet karate negara, C Shahmalarani, menjulang nama negara menerusi pingat emas dalam Kejohanan Karate 1 Siri A Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Larnaca, Cyprus semalam. 

Atlet berusia 25 tahun itu menundukkan Eva Rodriguez dari Sepanyol 9-5 dalam pertarungan final kategori 50kg di Kition Athletic Center.

"Tambah satu lagi koleksi pingat siri dunia. Hilang kejuaraan Sukan Asia, kecewa memandangkan kami tahu usaha dan pengorbanan yang dibuat dalam proses mempersiapkan diri dalam setiap kejohanan.

 

"Harapan untuk detik ini amat besar dan menjadi bukti ketabahan penantian selama sembilan bulan selepas (pingat emas) Sukan SEA 2023 (di Kemboja, Mei 2023),” katanya di Instagram untuk memadam kekecewaannya yang terkandas dalam pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou. 




 

Advertisement

Must Watch Video