Skip to main content

Sukan Lain

Shahidan Kassim tarik diri AGM Olahraga Malaysia, tiada istilah takut tewas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahidan-kassim.jpg
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini menarik diri pada saat-saat akhir mesyuarat agung tahunan (AGM). 

Tiada istilah menarik diri kerana takut tewas, sebaliknya buka peluang kepada Presiden Persatuan Olahraga Perak, Datuk Karim Ibrahim.

"Saya menarik diri sebab dalam perancangan, saya dijangka boleh menang. 

"Jadi saya memberi laluan dan kepada sahabat saya, Datuk Karim Ibrahim untuk bertanding. Kalau nak serah, biarlah (berakhir dengan) kemenangan.

saya harap perwakilan menerima hakikat. 

 

"Secara peribadi, Pilihan Raya pun nak dekat, kena diberi perhatian. 

"Saya ingin beri perhatian satu pertubuhan sahaja dan saya antara orang yang banyak pegang jawatan sukan. 

"Sekarang saya beri peluang kepada kawan-kawan," katanya di Ibu Kota sebentar tadi. 

 

Advertisement

Must Watch Video