KARATE
Shaharudin akui sukar cari pengganti Sharmendran dalam waktu terdekat
Tiada pengganti buat jaguh karate negara, R. Sharmendran, tahun depan, kata bekas rakan sepasukannya, Shaharudin Jamaludin, susulan persaraan pemenang tiga pingat emas berturut-turut Sukan SEA itu.
Ia bermakna, akan tiada lagi dominasi negara dalam kategori B-75 kilogram di pentas Sukan Asia dan Sukan SEA.
Tambah Shaharudin, jika ada pengganti Sharmendran dalam waktu terdekat ini, ia dikira sesuatu yang luar biasa.
Iklan
"Prem Kumar adalah orang yang betul untuk menggantikan Sharmendran sebagai kapten skuad karate negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syen Yeoh.
"Untuk kategorinya, saya tidak pasti (ada pengganti atau tidak) kerana kita baru sahaja menamatkan Kejohanan Karate Kebangsaan dan ada banyak atlet muda.
"Jadi saya tidak tahu siapa yang terbaik untuk kategori B-75 kilogram.
"Untuk mencari pengganti Sharmendran bagi tahun 2024 berkemungkinan tiada.
"Kalau ada, ia bolah dikira bernasib baik dan sekiranya tiada, boleh dikatakan mereka perlu menyediakan penggantinya secepat mungkin.
"Sewaktu zaman saya dahulu, Saya merupakan atlet senior dan Sharmendran masuk sebagai atlet junior.
"Jadi, selepas saya bersara, Sharmendran mengambil alih sebagai atlet senior," katanya.
Must-Watch Video