BERBASIKAL
Shah Firdaus Sahrom bukan lagi bayang-bayang Azizulhasni Awang
Kejayaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul emas acara Keirin dalam Kejohanan Piala Negara-negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye awal pagi semalam seolah-olah mengesahkan serta merta kepada mata yang memerhati bahawa dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama negara.
Anak jati Muar yang sebelum ini secara psikologinya sering merasakan dirinya adalah pelumba bantuan sahaja di belakang Datuk Azizulhasni Awang, akhirnya dapat juga memecah tembok psikologi itu untuk mengangkat dirinya sebagai pelumba terbaik negara dengan membawa pulang pingat emas bbuat Malaysia.
Emas itu juga merupakan kejayaan terbesar buat Shah, yang digelar ‘The Terminator’, kerana ia merupakan emas pertama yang dimenanginya dalam kejohana UCI selepas sebelum ini hanya peroleh pingat perak dan gangsa dalam beberapa kejohanan besar.
Iklan
Pengarah teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley turut memberi pujian terhadap kematangan yang ditonjolkan oleh Shah Firdaus dalam perlumbaan tersebut kerana berjaya membuat keputusan yang tepat di saat ‘crucial’ yang menjadikan pemisah antara sekdara mendapat tempat di podium atau muncul juara.
Selain Shah Firdaus, nama seperti Izzah Izzati juga sedang berada dalam prestasi terbaiknya apabila baru sahaja memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara pecut individu dengan catatan masa 10.578 saat. Sayangnya hasrat untuk melihat dia lakukan kejutan dalam acara keirin tidak kesampaian akibat insiden pelanggaran sekaligus dikira DNF.
Bagaiamanapun, kejayaan seperti inilah yang memberi gambaran positif mengenai perkembangan sukan berbasikal trek negara menuju LA 2028!
Must-Watch Video