BERBASIKAL

'Shah Firdaus kini lumba untuk buru kemenangan'

Stadium Astro
Saufi Tahir
17/03/2025
10:57 MYT
Sponsor Banner
'Shah Firdaus kini lumba untuk buru kemenangan'
Olimpian berbasikal trek negara, Josiah Ng, menyifatkan kejayaan Shah Firdaus Sahrom merangkul emas di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI 2025 sesuai dengan ungkapan 'usaha tidak pernah mengkhianati hasil'.
Ironinya, Josiah turut mengakui dia dapat melihat bayangan dirinya dalam pelumba kelahiran Johor itu, terutamanya daripada aspek kekuatan dan teknik kayuhan.
Mengulas lanjut, dia turut bersepakat dengan keyakinan disuarakan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, bahawa ini adalah masa yang tepat untuk Shah menyinar selepas lebih satu dekad bersama skuad kebangsaan.
Shah sebelum ini seakan masih berada dalam bayang-bayang jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang, tetapi kini telah membuktikan bahawa dia mampu berdiri di pentas dunia sebagai 'The Terminator' Malaysia.
"Dia kini lebih bersemangat berbanding sebelum ini, dia mula melangkah apabila dia benar-benar yakin terhadap dirinya.
"Ia mengambil sedekad untuk dia, sama seperti diri saya (sebelum ini) dimana saya mempunyai waktu kemuncak ketika berusia lewat 30 tahun.
"Shah sentiasa mempunyai kekuatan tetapi dia tidak percaya dirinya sebelum ini, cara dia berlumba bukan untuk menang tetapi sekadar meraih podium, tetapi kini dia berlumba untuk menang." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video