Skip to main content

Sukan Lain

Setakat ini tiada insentif tambahan untuk kontinjen MSDeaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan tiada istilah pilih bulu di antara atlet normal mahupun yang mengalami kelainan upaya.

Bagaimanapun, merujuk kepada permohonan Persatuan Sukan Orang Pekak (MSDeaf) yang meminta insentif tambahan atas kejayaan kontinjen dinobatkan juara keseluruhan SEA Deaf Games di Jakarta baru- baru ini, Hannah berkongsi tiada bajet untuk diberikan kepada atlet pekak.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah memperuntukkan dana RM3 juta sebagai pemangkin semangat buat atlet berjuang dalam temasya di Indonesia itu serta Deaflympics Tokyo pada November depan.

Biarpun tiada peruntukan tambahan buat atlet pekak, KBS akan terus berdiri di belakang MSDeaf dan menyokong sepenuhnya persiapan kontinjen ke Jepun kelak.

"Sekarang kerajaan beri dana untuk persiapan dan berjaya menjadi juara keseluruhan. Ini satu pencapaian yang sangat bagus. 

"Tetapo setakat ini bukan tak hendak bagi tapi kami tiada bajet. 

"Kami sudah mula (tekankan) dana yang lebih besar pada tahun depan untuk bantu semua," katanya hari ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video