Skip to main content

Sukan Lain

SESMA, SAINA buru kejuaraan Ragbi 7's NRDP/SESMA 2018

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kejohanan-ragbi-7-s-nrdp-sesma.jpg
Enam puluh pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam Kejohanan Ragbi 7's NRDP/Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat dan Sabtu depan.

Menurut setiausaha kejohanan, Mohd Nizam Mohamed Kamal, lima kategori dipertandingkan, iaitu lelaki 16, 15 dan 14 tahun serta kategori perempuan 'touch' bawah 16 (B-16) dan B-14.

Antara yang menghantar wakil ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Haji Ahmad Shah, SMS Dungun, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang dan SMA Al-Attas.

"Malah, SMK Luar Bandar Miri, SMK Mak Lagam, SMK Sultan Sulaiman, SMK Lembah Bidong, Maktab Sultan Ismail dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya juga mengambil bahagian dalam edisi ke-10 ini.

"Selain tuan rumah (SESMA), penyertaan SMS Pokok Sena (SAINA) yang juga juara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Teluk Intan, Julai lalu, juga menjanjikan saingan sengit bagi acara B-16," ujarnya.

Sementara itu, kategori perempuan touch turut menyaksikan penampilan pasukan jemputan seperti SMS Gua Musang, SMS Hulu Selangor, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SMK Taman Kosas dan SMK Khir Johari.

"12 pasukan akan bersaing dalam setiap kategori dan dibahagikan empat kumpulan bagi merebut kejuaraan bowl, plate dan cup," tambah Mohd Nizam.

Advertisement

Must Watch Video