SUKAN LAIN
Sesi pendengaran kes doping Azroy ditunda ke Sabtu
Sesi pendengaran kes doping yang membabitkan atlet angkat berat negara, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad akan berlangsung 23 Oktober ini bersama Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).
Sesi pendengaran itu sepatutnya berlangsung Isnin lalu namun terpaksa ditunda pada Sabtu atas beberapa faktor.
Azroy yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel berdepan penggantungan maksimum empat tahun selepas didapati positif steroid anabolik pada ujian yang dilakukan Jun lalu.
Bagaimanapun, keputusan hukuman akan ditentukan selepas selesai pendengaran.
Selain Azroy, seorang lagi atlet angkat berat berasal dari Terengganu turut didapati positif doping.
Atlet berusia 27 tahun itu pada awalnya bimbang mengenai kecederaan lutut berpanjangan yang boleh memusnahkan kariernya, menjadi faktor Azroy mengambil pil penahan sakit yang akhirnya dikesan positif doping.