MOTOGP

Sergio Garcia sudah pulih untuk kembali takluk di GP Qatar

Stadium Astro
King Hisyam
09/04/2025
06:02 MYT
Sponsor Banner
Sergio Garcia sudah pulih untuk kembali takluk di GP Qatar
Pelumba Moto2 dari pasukan MSI Racing Team, Sergio Garcia, sudah sedia untuk menakluki pusingan perlumbaan seterusnya di Grand Prix (GP) Qatar selepas kurang bernasib baik dalam perlumbaan minggu lalu di Argentina.
Menurut pelumba muda itu, pusingan perlumbaan yang berlangsung di Argentina tidak begitu memihak kepadanya memandangkan masalah kecederaan yang dialami.
Kecederaan tersebut nyata menyukarkanya dalam penampilan pertama di Argentina sehingga memaksanya masuk semula ke pit dan gagal meneruskan perlumbaan.
Justeru GP Qatar adalah medan terbaik untuknya kembali menebus kekecewaan itu semula dan segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin ketika ini.
"Saya tidak sabar untuk memulai musim ini dan sudah pastinya tidak mudah untuk pulih dari kecederaan ini.
"Tetapi saya rasa saya sudah cukup sihat buat masa ini. Kami akan cuba kembali ke litar seberapa cepat yang mungkin," katanya.
Garcia mengalami kemalangan ketika sesi latihan yang berlangsung di Jerez yang menyaksikan pelumba itu mengalami patah tulang di bahagian tangan kanannya.
Akibat daripada kecederaan tersebut, Garcia telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali untuk merawat kecederaan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video