Skip to main content

Sukan Lain

Sensasi 17 tahun Gout sah ke Kejohanan Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gout-gout.jpg
Pelari remaja sensasi, Gout Gout, sah akan melakukan penampilan pertamanya dalam Kejohanan Olaraga Dunia di Tokyo pada September depan.

Ini selepas namanya disenaraikan skuad Australia untuk ke kejohanan itu.

Gout, 17, mula mencuri tumpuan apabila memecahkan rekod milik Usain Bolt dalam acara 200m B-18 ketika berusia 16 tahun, di mana dia turut memecahkan rekod b-18 Australia dalam acara 100m dengan catatan 10.17s.

Gout berkara dia teruja dengan peluang untuk menghadapi brisan pelari terbaik dunia bagi acara 200m, dan tidak sabar menantikan Kejohanan di Tokyo itu.

"Saya sangat teruja untuk dipilih menyertai acara 200 di Tokyo dalam  Kejohanan Dunia. Memang itulah yang saya mahukan," katanya seperti yang dilaporkan media-media antarabangsa.

"Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada pasukan senior Australia dan tidak sabar untuk melihat apa yang boleh saya lakukan ketika bersaing dengan pelari terbaik daripada yang terbaik."

 

Advertisement

Must Watch Video