SUKAN OLIMPIK

Senarai atlet Program RTG akan dibincang selepas Aidilfitri

Stadium Astro
Saufi Tahir
25/03/2025
11:14 MYT
Sponsor Banner
Senarai atlet Program RTG akan dibincang selepas Aidilfitri
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi menterinya Hannah Yeoh mengumumkan bahawa terdapat perubahan struktur baru bagi kepimpinan Program Road To Gold (RTG).
Penstrukturan itu berlaku dengan Hannah kini selaku pengerusi program itu, manakala Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan berperanan sebagai timbalan pengerusi.
Situasi ini dilakukan adalah bagi melindungi daripada ketidakstabilan politik jika ianya berlaku pada masa akan datang meunuju ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti.
"Tan Sri Norza akan menjadi timbalan pengerusi, kita kekalkan struktur ini seperti apa yang telah saya jawab dalam parlimen sekiranya ada isu-isu politik yang berlaku dan tiada Menteri maka timbalan pengerusi akan mengambil alih agar tiada ganggung bagi Program RTG," katanya.
Hannah yang ditemui dalam Majlis Aspirasi Rakan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) semalam turut menyatakan bahawa bakal ada dua ahli jawatankuasa baru bagi Program RTG bagi penggal 2025/26 yang akan dilantik bagi memacu program itu.
Dua figura itu adalah bekas KetuaPpegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz dan bekas Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia, Mae Chen.
"Jawatankuasa ini lebih kecil supaya boleh bergerak lebih cepat dan telah melantik dua anggota tambahan, mereka mempunyai pengalaman luas dan mengetahui ekosistem sukan di Malaysia.
"Selepas raya nanti kami akan bermesyuarat dan memberikan keputusan akhir senarai atlet yang akan ada dalam senarai Program RTG berdasarkan kedudukan ranking." tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video