Skip to main content

Para ASEAN

Semuanya berlaku sekelip mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7917atletpara.jpg
"Semuanya berlaku dengan begitu pantas," demikian reaksi pelumba basikal lebuh raya para negara yang menyaksikan rakan-rakannya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), pagi tadi.

Segalanya kelihatan seperti hari-hari biasa bagi skuad itu menjalani latihan, malah perubahan lokasi dari Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) kepada Lebuhraya Latar tidak membawa banyak perbezaan kerana laluan itu kerap kali dilalui mereka.

Namun, kisah yang berbeza terjadi apabila empat daripada mereka selain seorang jurulatih dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Difahamkan, pemandu kenderaan itu melarikan diri dari tempat kejadian tetapi tampil membuat laporan polis kira-kira jam 5 petang.

Bagi salah seorang pelumba yang terbabit dalam sesi latihan itu, Syazwan Roshdi, dia tidak menduga rakan-rakan seperjuangannya akan terlantar di atas jalan raya.

"Saya terduduk selepas melihat rakan-rakan terkulai dan berdarah. Saya pangku mereka sambil menitiskan air mata. Semua prosedur sudah sempurna tetapi (pemandu) kereta itu yang salah," katanya.   
Begitu juga pengalaman yang disampaikan bekas pelumba trek negara, Faizal Mohd Noh, yang kini menabur bakti bersama skuad lebuh raya para.

Dia yang menjadi jurumudi, berkayuh bersama Aiman Ashraf Ahmad Bajuri, juga tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku kerana segala prosedur latihan mengikut kriteria yang ditetapkan.

"Saya berada di belakang dan dua lagi tendem berada di depan. Sampai di kawasan berbukit mereka dilanggar. Perkara itu berlaku sekelip mata," katanya.

Senarai pelumba & jurulatih terlibat

Basikal 1 : 

Pilot : Mohd Nor Rizuan Zainal
Atlet : Mohd Hairul Hazwan Wahad

Basikal 2 :
Pilot : Muhamad Nur Syafiq Suhaimy
Atlet : Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali

Jurulatih : Johari Nayan

Advertisement

Must Watch Video