SUKAN LAIN
SEMASHUR juara Ragbi Super Schools
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Ragbi 15's Super Sekolah-Sekolah 2019.
Sekolah itu tumpas kepada Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor (SEMASHUR ) 22-19 dalam perlawanan akhir di Stadium Proton City, Tanjung Malim, hari ini.
SEMASHUR mengutip mata daripada tiga try dan satu conversion berbalas dua try dan satu conversion oleh lawan.
Wakil Selangor itu mendahului 5-0 melalui try daripada Hariz Ezzat Hamidon pada minit ke-12.
SEMASHUR terus mengasak dan 11 minit kemudian, mereka melebarkan jurang kepada 10-0 melalui try Muhammad Najmuddin Norhisham pada minit ke-23.
Namun, MCKK merapatkan jurang empat minit kemudian melalui Luqman Hakim Badrol Hisham untuk menjadikan kedudukan 10-5.
MCKK bingkas bangkit dan lapan minit selepas babak kedua bersambung, mereka mengambil alih giliran untuk mendahului 12-10 apabila Muhd Hafiz Mohd Nazim melakukan try yang disepak masuk Muhammad Hakimi Rosli.
Bagaimanapun, kedudukan itu hanya bertahan empat minit apabila Izz Haziq Danial Amran membuat try dan Hariz Ezzat menambah mata melalui conversion untuk SEMASHUR mendahului 17-12.
Farhan Haziq Asyraf Johan mengukuhkan kedudukan SEMASHUR menjadi 22-12 melalui try pada minit ke-46.
MCKK merapatkan kedudukan melalui try Abdul Rashid Abdullah Rahdli dan conversation oleh Hakimi pada minit ke-54 tetapi ternyata sudah terlambat untuk mengubah kedudukan sehingga tamat perlawanan.
Dengan kejayaan itu, SEMASHUR selain merangkul Piala Pusingan Pengerusi Malaysia Airports selain meraih hadiah wang tunai RM10, 000.