Skip to main content

Para ASEAN

Semangat Kita Juara diteruskan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

3917marzuki.jpg
Barisan atlet dan jurulatih para negara turut berharap semangat Kita Juara daripada kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dapat diteruskan oleh mereka.

Malaysia mempamerkan persembahan paling cemerlang dalam sejarah penyertaan Sukan SEA dengan meraih 145 pingat emas untuk menjadi juara keseluruhan temasya dwitahunan itu.

Kontinjen para negara mendaftarkan diri dalam kem latihan fasa akhir di hotel penginapan rasmi mereka, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, hari ini.

Secara keseluruhan, 326 atlet akan membawa cabaran Malaysia dalam temasya Para ASEAN nanti.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam kesemua 16 jenis sukan yang dipertandingkan, merangkumi 459 acara keseluruhan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Lantaran itu, persediaan yang cukup rapi amat penting dan masing-masing kini memahami peranan yang perlu mereka bawa apabila temasya itu membuka tirai 17 September ini.

Mereka kini komited dalam mengharungi kem persiapan fasa akhir dengan kemuncak program ini, iaitu Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada semua jenis sukan yang mengambil bahagian, pada 12 September nanti.

"Kami meletakkan sasaran dua pingat emas daripada sukan menanah, kami berharap dapat melakukannya," kata jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria.

"Tekanan kini terletak kepada kami. Selepas kejayaan Malaysia meraih kejuaraan keseluruhan Sukan SEA, kami akan cuba memberikan yang terbaik," kata atlet berbasikal para negara, Alvin Lim.

"Setiap atlet sudah bersedia menghadapi cabaran kali ini, saya pasti Malaysia akan berusaha untuk meraih pingat emas," kata atlet memanah para negara, Yuhaizam Yahya.
 

Advertisement

Must Watch Video