Memikirkan untuk segera kembali ke gelanggang mungkin satu-satunya sandaran buat Datuk Lee Chong Wei pulih daripada masalah kesihatan yang turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sehingga hari ini, masih belum ada khabar gembira berkenaan Chong Wei dengan dia difahamkan masih menjalani pemulihan atas komplikasi pernafasan.
Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, menawarkan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia yang berkongsi kegusaran sama.
Malah, dia berpandangan tidak salah mendoakan agar Chong Wei kembali ke gelanggang ketika dia tahu apa kekuatan dan kelemahan anak buahnya itu.
"Kalau dia (Chong Wei) ingin pulih cepat, dia harus memikirkan untuk segera kembali ke gelanggang, itu akan membolehkan proses pemulihannya (berlaku) lebih cepat lagi," kata Misbun.
Nama Chong Wei turut berada dalam ingatan Dr. Mahathir sewaktu beliau menyampaikan amanat kepada kontinjen negara ke Sukan Asia Indonesia 2018 di Putrajaya, hari ini.
Chong Wei berkemungkinan besar terpaksa melupakan baki saingan pada musim 2018 selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Dunia yang berakhir minggu lalu dan Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
"Kepada jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei, semoga cepat sembuh.
"Biarpun tidak bersama-sama dalam kontinjen negara dalam temasya kali ini, namun semangat juang anda selama ini akan menjadi pemangkin untuk kontinjen negara kepada kejayaan lebih gemilang," kata Dr. Mahathir.