Skip to main content

Sukan Lain

Semangat berpasukan julang Northern Queens

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liga-super-kriket-wanita.jpg
Kerjasama yang utuh dalam kalangan pemain pasukan Northern Queens menyumbang kepada faktor utama mereka menewaskan Eastern Lioness dalam aksi final Liga Super Kriket Wanita di Kinrara Oval semalam. 

Northern Queens menjuarai edisi pertama kejohanan itu apabila menewaskan Eastern Lioness dengan perbezaan enam wiket.

Bagi kapten pasukan Northern Queens, Winifred Anne Duraisingam, kemenangan itu disebabkan kerjasama erat antara pasukan sehingga tamat perlawanan.

"Kejayaan ini hasil daripada kerjasama berpasukan yang mengikuti perancangan.

"Rentak permainan berlangsung dengan baik seperti yang kami ingini. 

"Saya sangat gembira, apatah lagi ia sesuatu yang menarik buat kriket, kerana kami bermain sehingga bola terakhir," katanya. 

Tambahnya, kejayaan berkenaan merupakan permulaan yang bagus bagi 2020 dan ia mempamerkan peningkatan prestasi bagi atlet wanita negara dalam kancah kriket.

"Ini satu permulaan yang baik buat pemain wanita kerana kami berpeluang bertemu pemain luar dari Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Saya harap kami semua dapat meraih banyak pengalaman yang diperlukan, begitu juga pemain luar," katanya lagi.



Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video