Skip to main content

Sukan Lain

Selepas Sonny Bill dan Khabib, siapa lagi nama terkemuka bakal jadi Duta Sukan Johor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sonny-bill-tmj.jpg
Demi memperkasakan lagi kegiatan sukan di negeri Johor, lebih–lebih lagi untuk atlet muda, akan ada ramai lagi atlet bertaraf dunia akan dilantik sebagai Duta Sukan Johor. 

Terbaru, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ), mengumumkan pelantikan Datuk Lee Chong Wei sebagai salah seorang Duta Sukan Johor, khusus untuk memberi inspirasi dan bimbingan kepada bakat muda, terutama dalam sukan badminton.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkongsi usaha itu bakal menyaksikan pencapaian Johor sebagai hab sukan, sekali gus menjadi penghubung ekonomi pada masa depan. 
 


Selain bekas jaguh badminton perseorangan negara itu, beberapa ikon sukan terkemuka dunia turut dinamakan termasuk Sonny Bill Williams (ragbi), Khabib Nurmagomedov (seni mempertahankan diri) dan Tim Cahill (bola sepak).

 
 

Advertisement

Must Watch Video