Skip to main content

Sukan Lain

Selepas DNF dalam triatlon, netizen mahu Syed Saddiq bukti larian 200km Muar-Putrajaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-saddiq.jpg
Selepas statusnya dalam 113 Triatlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor pada Sabtu lalu ditukar kepada DNF (did not finish), Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, digesa untuk membuktikan larian 200km yang dilakukannya dari Muar ke Putrajaya.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengakui terdapat khilaf sehingga kedudukannya di tempat ketiga perlumbaan itu terpaksa ditarik balik dan diberikan status DNF.

Bagaimanapun, keadaaan itu masih belum dapat meredakan hati peminat sukan tempatan, khususnya komuniti triatlon, yang mahukannya turut memberikan butiran Strava lariannya dari Muar ke Putrajaya.

Sebelum ini, Syed Saddiq melakukan larian solo sejauh 200 kilometer demi mengutip dana bagi Pusat Khidmat Muar, yang diperlukan untuk menggerakkan operasi bagi membantu rakyat.

Dia dilaporkan mengumpulkan lebih dari RM160,000 daripada inisiatif berkenaan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

 

Advertisement

Must Watch Video