Skip to main content

Sukan

SELBATC: Zii Jia bina momentum kemenangan berpasukan lelaki negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia.jpg
Malaysia mengesahkan pertemuan dengan Indonesia di peringkat separuh akhir esok. 

"Saya sangat gembira dapatkan satu mata untuk pasukan Malaysia dan harapnya dapatkan kuatkan lagi semangat kami. 

"Ia memberi saya satu keyakinan selepas kali terakhir kalah kepadanya dekat laman sendiri," kata perseorangan lelaki harapan negara, Lee Zii Jia, selepas membuka perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Setia City Convention Centre, sebentar tadi.

Dia membuktikan bahawa latihan di Korea Selatan jelas membuahkan hasil apabila dia berjaya mengutip mata pertama dengan kemenangan straight set  21-16  21-13.        




Dalam set pertama, Zii Jia pamer wibawa apabila memperagakan pukulan silang kencang disusuli teknik mengelirukan bagi mematikan langkah lawan dari Taiwan, Lin Chun-Yi.

Dalam set kedua, Zii Jia meneruskan rentak cemerlang apabila dia bijak menggunakan peluang 'smash' ke penjuru gelanggang bagi memastikan mata pertama dikutip Malaysia. 

Bagaimanapun, momentum itu terencat apabila Taiwan mengikat kedudukan 1-1 berikutan kekalahan 21-23, 17-21 Aaron Chia-Soh Wooi Yik kepada Lee Jhe Huei-Lee Yang.

Namun, perseorangan negara, Leong Jun Hao, kembali meletakkan negara di landasan kemenangan dengan menundukkan Lee Chia Hao 21-19, 21-17.

Malaysia -- yang sudah pun mengesahkan tempat dalam suku akhir selepas menewaskan Kazakhstan dan Brunei -- mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan B apabila gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani cemerlang menjadikan kedudukan 3-1 mengetepikan cabaran Wang Chi Lin-Yang Po Han 21-19, 21-14.

Sementara itu, pasukan wanita negara akan menentang India dalam pusingan kalah mati esok. 




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video