Kecemerlangan Selangor Red Giants OG Esports (SRG.OG) menjuarai Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 buat kali ketiga beturut-turut, bakal menjadi tonik berharga menjelang kejohanan paling berprestij di Riyadh, Arab Saudi bulan depan.
Pasukan e-sukan terkemuka negara itu memasang impian untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya dalam Mid Season Cup (MSC) sempena Piala Dunia E-sports (EWC) tahun lalu.
Untuk rekod, SRG.OG menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya memenangi MSC selepas menewaskan wakil Filipina, AP Bren Spor,t 4-2, tahun lalu.
Kejayaan itu turut menyaksikan SRG.OG menamatkan kemarau tujuh tahun pasukan dari Malaysia untuk menjuarai kejohanan antarabangsa MLBB.
Tidak ketinggalan, Homebois juga akan mengiringi SRG.OG untuk bertanding dalam kejohanan utama dunia apabila bergelar naib juara saingan tempatan.
Dua wakil negara itu membawa harapan Malaysia untuk sekali lagi melihat Jalur Gemilang berkibar mekar di pentas antarabangsa.
Pemain-pemain tersebut berpeluang bertemu pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali, Cristiano Ronaldo, dalam penganjuran edisi kali ini.
Ini kerana, bekas pemain Manchester United itu merupakan duta kejohanan dan bersedia menemui peminat e-sukan serata dunia.

Cristiano Ronaldo has officially been announced as the global ambassador for the Esports World Cup 2025 (EWC), marking a significant shift in the trajectory of competitive gaming. This move reflects the growing recognition of esports as a global sport alongside traditional sports pic.twitter.com/qw1mScvePW
— DigitaleAnimeEN (@DigitaleAnimeEN) June 15, 2025