Bahang kehangatan penganjuran edisi keempat Selangor International Junior Golf Championship 2025 semakin dirasai prospek utama negara untuk mencabar kehandalan pemain dari China yang menggondol kejuaraan saingan individu dan berpasukan lelaki, Danial Muhammad Nazari, optimis memecah dominasi negara tembok besar itu.

Berdasarkan prestasi dan persiapan lengkap, Danial melaung nada keyakinan untuk berada dalam kalangan pemain elit tahun ini.

Kelab Golf Seri Selangor bakal menjadi saksi kebangkitan pemain tempatan.

Danial yang mewakili Universiti Utara Malaysia International School Melaka (UUMISM) memiliki rekod baik di venue ikonik ini.

Danial yang memiliki status selaku pemain amatur terbaik Selangor Masters tahun lalu, dia sedia membukti kewibawaan pada penglibatan terakhirnya di peringkat remaja.

Sementara itu, seorang lagi taruhan terbaik negara pada edisi kali ini, Daichi Hayashi, membawa aspirasi untuk muncul pemain termuda menjuarai saingan remaja.

Daichi yang baru berusia 14 tahun mempunyai misi serampang dua mata -- mengetuai cabaran PKNS berada di kelompok tiga terbaik dan meneruskan legasi ayahnya suatu ketika dahulu.

Sementara itu, tumpuan khusus terarah kepada pasukan yang mendominasi saingan musim lalu, China yang hadir dengan hasrat mempertahankan kejuaraan.

China sememangnya serius untuk kekal selaku yang terbaik apabila melakukan persiapan spesifik sebelum hadir di Kuala Lumpur.

Malah, persiapan yang mereka lalui turut mengambil kira faktor cuaca mirip kondisi di Kelab Golf Seri Selangor ini.