Kerajaan Negeri Selangor, melalui Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Usahawan, akan menganjurkan program Selangor Half Marathon 2025 pada 14 Jun depan di Shah Alam.
Program ini menawarkan tiga kategori utama iaitu 5 Kilometer Fun Run, 10 Kilometer, dan 21 Kilometer Half Marathon.
Selain itu, satu kategori istimewa turut dipertandingkan iaitu 10 Kilometer Remaja bagi peserta berumur 13 hingga 17 tahun.
Untuk menyemarakkan lagi penyertaan dalam pertandingan julung kali ini, lebih RM30,000 sebagai hadiah wang tunai ditawarkan.
Selain itu, lebih 50 hadiah cabutan bertuah menarik juga menanti para peserta yang turut mengambil bahagian.
Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelari dari pelbagai peringkat usia untuk mencabar kemampuan diri mereka dalam suasana yang penuh semangat dan mengujakan.
"Sebelum ini Shah Alam tidak pernah ada lagi acara seperti half marathon atau marathon. Jadi ini permulaan." kata Najwan Hilmi selaku Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor.
"Sebelum ini bandaraya Shah Alam ini ramai kenal sebagai kawasan pentadbiran negeri Selangor dan juga ada Masjid Negeri cuma kali ini kita nak fokus untuk bantu lonjakkan Shah Alam ini, sebagai salah satu destinasi penganjuran acara sukan setaraf antarabangsa.
"Flag off nanti kita akan dilepaskan oleh Menteri Besar pada 14 Jun nantii. Pendaftaran masih dibuka dibuka sehingga 15 Mei ini. Kita sasarkan 3500 orang terlibat. Setakat ini kita sudah dapat 3200 orang peserta dan kita positif dalam tempoh dua minggu kita yakin kita bole capai target 3500 orang peserta itu." tambahnya.