MPFL
Selamat tinggal Pahang Rangers? Masa depan Gerard Casas kini jadi tanda tanya
Gerard Casas ucap selamat tinggal?, Kejuaraan Piala Futsal Malaysia 2023 tampak jadi hadiah perpisahan buat jurulatih Pahang Rangers itu selepas empat musim berkhidmat dengan kelab berkenaan.
Dalam perkongsian bersama Nadi Arena, jurulatih kelahiran Sepanyol itu mengakui belum memutuskan masa depannya bersama Pahang walaupun berjaya meraih dua gelaran musim ini.
"Saya telah menerima tawaran kontrak baru bersama Pahang. Namun buat masa ini, saya perlu memikirkan terlebih dahulu," katanya.
Iklan
Semangat 'Mat Kilau' jadi azimat kejayaan Pahang Rangers pada aksi final Piala Futsal Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam semalam.
Mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 4-4 sebelum menang 3-1 dalam aksi penentuan penalti sekaligus memastikan kejuaraan berganda selepas menjuara Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL).
"Syukur atas pencapaian ini. Kejuaraan dua kali bagi musim ini adalah cukup manis buat saya," kata Pemain Paling Bernilai (MVP 2023), Ridzwan Bakri.
Sementara itu, undang-undang baru futsal meranapkan impian JDT untuk bergelar juara pada penampilan sulung mereka dalam kancah liga futsal profesional negara.
Ia menyaksikan gol Firdaus Ambiah ketika perlawanan terikat 4-4 dalam masa sebenar permainan tidak dikira kerana siren sudah dibunyikan sebelum bola melintasi garisan gol.
"Sangat kecewa kerana gagal mendapatkan kejuaraan ini. Kami akan cuba bangkit pada masa akan datang," kata pivot JDT, Ekmal Shahrin.
Must-Watch Video