Selain jadi 'punching bag', wakil Israel turut dipulau atlet lain
King Hisyam
Ogos 3, 2024 14:21 MYT
Ogos 3, 2024 14:21 MYT
Atlet-atlet dari negara haram Israel nampaknya terus menjadi sasaran kebencian dari pelbagai pihak pada temasya Olimpik Paris 2024 kali ini akibat kekejaman yang sedang berlaku di Gaza ketika ini.
Selepas terpaksa berdepan laungan 'boo' dalam sesi upacara perasmian daripada penonton, ramai atlit mereka yang kini seperti 'punching bag' buat atlet-atlet lain melepaskan geram terutamanya membabitkan
sukan bertarung.
Namun seorang atlet judo dari Algeria, Messaoud Redouane bertindak sebaliknya apabila memutuskan untuk menarik diri daripada bertembung dengan atlet judo Israel kerana menganggap mereka sepatutnya tidak diiktiraf dan kekecaman yang telah dilakukan seharusnya mengajak dunia untuk memulaukan sebarang aktiviti yang disertai mereka.
Dalam satu laporan media antarabangsa, Messaoude dikatakan tidak mahu meneruskan pertarungan dalam acara judo di Olimpik Paris 2024 dan enggan menyertai acara tersebut selepas jadual menunjukkan bahawa dia bakal berdepan dengan salah seorang atlet dari Israel.
Bagaimanapun media barat bertindak mengeluarkan laporan yang berlainan bahawa tindakan atlet muda itu kononnya dibuat disebabkan kerana memiliki berat badan yang melebihi had kategori yang cuba ditandingi.