OLAHRAGA

Sekolah Sukan-Sukan ASEAN: Fiross Faizal rangkul emas dengan rekod baru 110m

Shaiful Shamsudin 04/06/2024 | 10:22 MYT
Muhammad Fiross Mohd Faizal meraih pingat emas sambil memperbaiki rekod 110m lelaki Sekolah Sukan-Sukan ASEAN di Vietnam, sebentar tadi.
Fiross mencatat 13.45s dalam separuh akhir yang juga merupakan rekod baru kejohanan, namun kelibatnya makin deras dalam pusingan akhir dengan melakar 13.17s, sekali gus meninggalkan rakan senegara, Muhammad Shahrul Aiman Khailin. yang merakamkan 13.39s untuk berpuas hati di tempat kedua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia juga merupakan medan pemanas badan terbaik buatnya menjelang Kejohanan Olahraga Remaja Dunia B-20 tahun di Peru, Ogos depan.
#Olahraga #Sekolah Sukan-Sukan ASEAN
;