Skip to main content

Sukan Lain

SEA Deaf: Zaiman Megat Abu buru emas demi ubah nasib keluarga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toreh-getah.jpg
Memiliki seorang ibu yang bekerja sebagai seorang penoreh getah, Zaiman Megat Abu, sedar cabaran yang ditempuh dalam hidup ini bukan mudah.

Setelah ketiadaan bapanya, tanggungjawab tersebut terletak di atas bahunya meskipun merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik sambil olahraga adalah segala-galanya baginya. 

Menurutnya, cintanya kepada olahraga membuatkan dia sentiasa komited dengan dia mengimpikan untuk membawa nama Malaysia di persada dunia. 

Di sebalik kekurangan diri, sebagai sebagai atlet pekak, dia optimis itu bukan alasan untuk dia menyinar dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.





Zaiman memilih untuk menyerlahkan kekuatan diri dalam setiap kejohanan disertainya termasuk temasya SEA Deaf 2025 di Jakarta yang bermula esok dengan menysarkan pingat emas dalam acara lompat jauh.

"Saya daripada keluarga susah. 

"Saya mahu mewakili negara dan mendapat insentif untuk membantu ibu keluar daripada kesusahan. 

"Saya berlatih pagi dan petang dan walaupun memperuntukkan cuti sehari seminggu, saya tetap menjalani program sendiri. 

"saya harap impian saya tercapai pada kali ini," kata pemenang perak edisi 2022 itu. 


 
Sport Shoes

Langkah Demi Impian

Daripada latihan ke kejohanan, pilih kasut sukan yang beri keyakinan pada setiap langkah.


Sokong Impian Anda

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video