Skip to main content

Sukan Lain

SEA Deaf 2025: Zaiman Megat Abu dipilih bawa Jalur Gemilang di Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kibar.jpg
Barisan atlet ke temasya ASEAN Deaf Games 2025 negara menerima suntikan semangat apabila Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, 'turun padang' menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara.

Acara yang berlangsung di Putrajaya itu menyaksikan Hannah menyerahkan bendera negara kepada ketua kontinjen, B.Sarkunan, dan pembawa bendera iaitu atlet lompat jauh dan lompat kijang, Zaiman Megat Abu.

"Saya berharap mereka dapat pertahankan pingat yang mereka ada, saya katakan memang mencabar jika tiada dana untuk latihan dan persiapan semuanya akan terkesan. 






"Mereka dapat dana daripada kerajaan tahun ini, saya harap dapat dikekalkan setiap tahun. Saya harap jika boleh dana yang diberikan bukan bersifat tahunan kerana menyukarkan jurulatih membuat rancangan," katanya.

Kontinjen negara yang diwakili seramai 53 atlet itu akan berlepas ke Jakarta esok dengan menggalas harapan tinggi rakyat alaysia untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi sulung dengan sasaran 16 pingat emas pada temasya kali ini.

"Saya rasa gembira dapat membawa bendera buat Malaysia, saya akan pastikan kami yang pergi akan membawa nama Malaysia akan memberikan aksi terbaik," tambah Zaiman.

Majlis itu turut menyaksikan pengenalan pakaian dan jersi rasmi kontinjen pekak Malaysia daripada sebuah syarikat pakaian sukan tempatan iaut Coneli Sdn Bhd.

"Penajaan ini sebahagian daripada usaha kami menyokong sukan untuk semua lapisan masyarakat, kami sedar mereka memiliki cabaran tinggi namun mereka gigih tanpa berputus asa." ujar pengasas XCRIIM DAN CONELI, Lesley Lau. 
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video