Skip to main content

Futsal

SEA Deaf 2025: Sarkunan optimis skuad futsal negara pertahan pingat di Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-08-13-173440.png
Ketua kontinjen Malaysia ke SEA DEAF 2025, Sarkunan Balakrishnan, mengadakan lawatan pertamanya selaku CDM dengan mengintai persiapan skuad futsal orang pekak negara sebelum mengharungi cabaran di Jakarta.

Untuk rekod skuad negara berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan pada edisi lalu dengan berjaya menuai pingat emas kategori lelaki manakala skuad wanita berjaya membawa pulang pingat gangsa sekaligus menunjukkan potensi tinggi skuad negara merangkut pingat untuk edisi kali ini.

Namun, Sarkunan sedar bahawa bukan mudah untuk membentuk pemain dari sistem bakat muda, akan tetapi, CDM berharap agar kem negara akan membuahkan hasil lumayan di Jakarta nanti.

"Pemain muda mempamerkan prestasi yang membanggakan dan mengharapkan mereka berjaya membawa pulang pingat daripada Jakarta." katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih futsal orang pekak negara, Lo Fook Kah, menyedari bahawa cabaran sukar menanti skuad negara dalam mempertahankan emas yang dimenangi edisi lalu. Namun dia juga percaya bahawa tiada apa yang mustahil.

"Skuad Malaysia perlu bekerja keras dan waspada dengan ancaman pasukan Thailand untuk mempertahankan pingat." - katanya.

Advertisement

Must Watch Video