Skip to main content

Sukan

SEA Deaf 2025: Pakaian rasmi kontinjen negara dapat pujian kemas, cantik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deaf.jpg
Pakaian dan jersi rasmi Kontinjen Pekak Malaysia menerima pujian peminat apabila kelihatan kemas dan cantik ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang atlet negara ke Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, hari ini.

Kelengkapan tersebut ditaja oleh sebuah syarikat pakaian sukan tempatan yang mengkhusus dalam penghasilan pakaian sukan berprestasi tinggi dan inovatif, Coneli Sendirian Berhad (Sdn Bhd).

Kontinjen Malaysia diwakili 80 orang merangkumi 53 atlet dan 27 pegawai, menjadikannya kontinjen kedua terbesar selepas tuan rumah, Indonesia. 

 

Pasukan negara akan bersaing dalam kesemua enam acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal, olahraga, badminton, tenpin boling, catur dan ping pong, dengan sasaran keseluruhan 16 pingat emas.

Majlis yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya itu menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyerahkan bendera negara kepada Ketua Kontinjen (CDM), Sarkunan Balakrisnan, dan pembawa bendera negara, yang merupakan atlet lompat jauh dan lompat kijang negara, Zaiman Megat Abu.
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video