Skip to main content

Sukan

SEA Deaf 2025: Malaysia juara keseluruhan, hadiah terbaik bulan Kemerdekaan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deaf_1.jpg
Kontinjen Malaysia menutup kempen Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025 dengan penuh bergaya apabila mencipta rekod baharu dengan kutipan 25 pingat emas, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya edisi kedua itu. 

Kejayaan ini merupakan peningkatan ketara berbanding 15 pingat emas yang diraih pada edisi sulung di Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Skuad 80 atlet dan pegawai negara menampilkan persembahan cemerlang pada hari terakhir saingan dengan semangat juang tinggi, kemahiran mantap dan daya tahan luar biasa dalam pelbagai acara.

Lebih manis, kejayaan bersejarah ini hadir sebagai hadiah awal buat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, selain 

Ia membalas kepercayaan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia selepas menerima peruntukan RM3 juta bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa utama, termasuk temasya Deaflympics November ini.

Acara catur sekali lagi menjadi lubuk emas Malaysia apabila Ainur Ashikin Jupineh, 16, mempamerkan aksi bertenaga untuk menjuarai kategori Blitz Wanita, menghadiahkan emas ke-22. Rakan sepasukan, Loo Pin Xie, turut menyumbang emas ke-23 selepas menewaskan pencabar dari Indonesia dalam perlawanan sengit kategori Blitz Lelaki.

Dalam acara tenpin bowling, Malaysia terus mendominasi apabila Ho Choon Seong menjuarai kategori Masters Lelaki dengan 1,795 jatuhan pin, manakala Siw Sing Hie menutup kempen negara dengan penuh bergaya, memenangi kategori Masters Wanita dengan 1,491 jatuhan pin – sekali gus melengkapkan emas ke-25 buat kontinjen Malaysia.

Keseluruhannya, Malaysia meraih emas dalam Olahraga (10 emas), Boling (8), Catur (5) dan Badminton (2).

Bagi acara berpasukan, skuad Futsal Lelaki meraih pingat perak selepas mengatasi Indonesia 3–2, manakala skuad Futsal wanita turut membawa pulang perak selepas menewaskan Thailand 7–0.

Pencapaian cemerlang keseluruhan 25 emas, 16 pingat perak dan 11 gangsa itu bukan sahaja melangkaui sasaran awal 16 emas, malah hampir menggandakan kutipan edisi lalu selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar baharu dalam sukan pekak serantau. Kempen bersejarah ini melabuhkan tirai malam ini dengan Upacara Penutupan, meninggalkan legasi kebanggaan dan inspirasi buat negara.
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video