Ketua Kontinjen (CDM) ke temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, Sarkunan Balakrishnan, terbuka andai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudi memberi sebarang bentuk insentif kepada atlet yang telah mendapat keputusan membanggakan pada kejohanan kali ini.
Dalam masa sama, Sarkunan turut mengesahkan edisi seterusnya akan diadakan di Pulau Pinang, Malaysia pada 2027.
"Kami sudah membuktikan kemajuan sukan orang pekak Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Jadi, kami berharap sedikit sebanyak mengharapkan pihak kerajaan atau badan bertanggungjawab memberi insentif kepada para pemain dan barisan kejurulatihan," katanya di Nadi Arena.
Dengan berakhirnya penganjuran kali kedua ini, kem tenpin boling negara menyaksikan kutipan pingat kedua tertinggi selepas olahraga menerusi lapan emas yang diraih.
Peningkatan ketara prestasi pemain wanita turut menunjukkan petanda positif menjelang Deaf-Lympics di Tokyo, Jepun pada November.
"Sebenarnya kami mensasarkan lima emas. Tetapi saya sudah menjangkakan bahawa atlet wanita akan menonjol lebih hebat.
"Jika ada sedikit imbuhan, adalah lebih baik bagi meningkatkan prestasi atlet," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Dapatkan Redoxon Sekarang

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!
Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.
Dapatkan Redoxon Sekarang