Skip to main content

Sukan

SEA Deaf 2025: Berkat usaha, rajin bawa kepada emas ke-22 negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deaf.jpg
Kontinjen kebangsaan terus menuai kutipan pingat pada hari terakhir Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025 dengan jumlah keseluruhan kini mencapai 23 pingat emas.

Kilauan emas ke-22 hadir menerusi Ainnur Asyikin menewaskan lawan dari Indonesia, Devita Sari, dalam tiga pusingan.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa daripada awal sampai akhir.

"Saya telah menghadiakan pingat emas buat Malaysia," katanya.

 

Jurulatihnya, Jupineh Juppe Sikin turut menegaskan persiapan rapi dan latihan berkala telah dilakukan sebagai persediaan menghadapi cabaran kategori blitz yang menguji kepantasan daripada segi pemikiran.

"Syukur Alhamdulillah, kami memperoleh empat pingat emas daripada lima yang ditawarkan.

"Seperti pemain-pemain lain, berkat usaha dan kerajinan menjadi punca utama," katanya di Nadi Arena.

Sementara pingat emas ke-23 pula diraih Loo Pin Xie menundukkan cabaran pemain tuan rumah, Catur Suhartono, dalam lima pusingan.
 
Milo

Bersama Mencipta Juara Baru

Milo jadi sebahagian perjalanan atlet muda, dari latihan harian hingga ke pentas besar.


Power Up Dengan Milo

Advertisement

Must Watch Video