Skip to main content

Sukan Lain

SEA Deaf 2025: Air mata CDM gugur selepas sasaran 16 emas terlaksana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cdm-sea-deaf.jpg
Ketika rakyat Malaysia gembira dengan kejayaan kontinjen pekak negara mencapai sasaran 16 pingat emas dalam SEA Deaf 2025 di Jakarta, Insan paling dekat berada di sisi atlet, iaitu Chef de Mission (CDM), Sarkunan Balakrishnan, sebak dengan kejayaan gemilang atlet luar biasa negara yang beraksi dalam temasya berkenaan.

Setelah kem negara cemerlang dengan pungutan emas ke-15 semalam, tumpuan terarah kepada kem badminton di Gedung Gelanggang Remaja Pulogadung.

Gandingan Edmund Teo dan Boon Wei Ying, seperti dijangka, mempamerkan aksi memukau untuk menghadiahkan emas ke-16 kontinjen negara dalam acara beregu campuran, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

"Saya memang amat berbangga dan boleh dikatakan acara badminton hari ini memang sangat-sangat sengit menentang Indonesia," katanya bersulam linangan air mata ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Jadi, harapan saya untuk kita mendapatkan pingat emas ke-16 akkhirnya tercapai juga. Memang saya amat gembira dan berbangga untuk rakyat Malaysia.

"Seperti yang saya katakan, memang inilah harapan terbesar, kejayaan terbesar buat kami, sukan orang pekak, dapat berikan buat Malaysia.

"Kami dapat mengharumkan nama negara kita, terima kasih banyak."

Setakat petang ini, kontinjen negara telah memperoleh 21 pingat emas.
 

Advertisement

Must Watch Video