Bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad, mengambil keputusan drastik meninggalkan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) untuk bertanding dalam arena profesional selepas didapati bersalah menyertai Kejohanan di Shanghai, China ketika masih digantung ekoran kes doping.
Pemenang Mr Universe 10 kali dan sembilan kali bergelar Mr Asia itu mengambil keputusan untuk meninggalkan MBBF.
Kekecewaan jelas terpancar di wajah Sazali apabila digantung sejak 2015 ekoran mengambil bahan terlarang jenis steroid dan diabaikan oleh badan induk itu.
Bersara bukan dalam perancangan Sazali yang kini melihat ke arah saingan berbentuk profesional pada masa akan datang.
"Saya amat bersyukur di atas pencapaian yang diraih sepanjang saya bergelar atlet bina badan. Sudah tiba (masa) buat saya meninggalkan MBBF dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan selama ini," kata Sazali.
"Setelah melakukan perbincangan, kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas ini, kami terlebih dahulu akan memberitahu kepada Sazali mengenai perkara ini," kata Setiausaha Agung MBBF, Kamarulzaman Kadir.
MBBF masih belum mengumumkan hukuman terhadap Sazali yang didapati bersalah kerana menyertai kejohanan ketika masih berada dalam tempoh penggantungan yang telah ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).