SUKAN LAIN
Sazali Samad - Badang Negara Masih Relevan??
Kemunculan semula Sazali Samad, selepas 8 tahun menjalani tempoh pergantunggan berakhir dengan kekecewaan apabila gagal cetus impak maksima pada kejohanan pertamanya -- tewas di pusingan awal kejohanan "NABBA" universe yang lalu.
Pewaris legasi luar biasa itu nyata kecewa gagal meneruskan kemaraan sehingga pusingan terakhir, namun Sazali merasakan kekalahannya berpunca daripada beberapa faktor, antaranya cuaca sejuk yang mencecah 8 darjah selsius sehingga membuatkan ototnya tidak berada di tahap terbaik.
Kegagalan Sazali mencipta sejarah baru dalam karier gemilangnya menimbulkan persoalan apakah badang negara itu masih relevan ketika dirinya mencecah usia 56 tahun dan apakah benar MR Universe 10 kali itu sudah melepasi zaman kegemilangannya?
Iklan
Mengulas lanjut mengenai usaha kemunculan semula yang tergendala ketika ini, Sazali mengakui kudrat semakin terbatas, namun punyai ramuan tersendiri untuk kembali disegani.
''Saya masih cuba nak tebalkan otot saya bukan nak besar, bukan mudah nak tebalkan otot dengan pemakanan yang lebih dengan lima kali sekali... mungkin enam kali tujuh kali," kata Sazali. "Ketika saya berlatih di AS (Amerika Syarikat) dulu saya pernah makan tujuh kelapan kali sehari dengan 4 ribu kalori.
"Jadi saya cuba tebalkan lagi untuk akan datang. Dengan penjagaan pemakanan kita ini makna otot kita lebih kualiti menyerlah lagi, ketebalan otot pecahan otot lebih bagus lagi."
Bekas Olahragawan negara sebanyak 4 kali itu juga perlu bijak mengatur langkah dalam membina semula otot yang lebih tebal dan sasa bagi mengelak daripada mengalami kecederaan berpanjangan.
Must-Watch Video