SKUASY
"Saya tidak boleh rasa kuat" -- Yee Xian
Gelaran juara remaja Asia 2017 B-17 diletakkan sebagai sandaran awal pemain skuasy, Siow Yee Xian, untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa bermula tahun hadapan.
Yee Xian berjaya merangkul gelaran juara remaja Asia buat kali kedua dalam kejohanan yang berlangsung di Jordan pada bulan lalu.
Terbaru, dia yang mewakili Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) turut menjuarai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan B-19 selepas menewaskan Duncan Lee dari sekolah yang sama, 3-1, di Pusat Skuasy Nasional, hari ini.
Iklan
Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yee Xian selaku atlet pelapis ketika ini mahu memastikan kariernya lebih cerah bagi menyertai lebih banyak kejohanan bertaraf antarabangsa tahun depan.
"Di Asia ramai lagi pesaing yang kuat, tidak boleh rasa kuat. Kena berusaha dengan lebih rajin lagi," katanya.
Seorang lagi pemain muda wanita, Chan Yiwen, juga dalam misi sama untuk fokus Kejohanan Dunia Remaja di India pada Julai tahun depan selepas menjuarai Sirkit Kebangsaan B-19, yang menjadi kejohanan terakhirnya pada tahun ini.
"Saya nampak ramai pemain pemain berpengalaman di sana. Jadi saya perlu banyak belajar di sini," kaa Yiwen.
Sementara itu, pilihan utama kejohanan bagi kategori B-17, Kerwin Teh menepati ramalan apabila menundukkan Muhammad Harris Ramlee, manakala saingan wanita menjadi milik Wong Heng Wai.
Must-Watch Video