"Sejujurnya, saya terdetik untuk komen terhadap artikel tadi, yang cakap pasal 'entiti'/tangan ghaib ni bukan saya yang ajukan, tapi wartawan yang tanyakan soalan tersebut. Saya cakap tak adalah!", jelas Pandelela di laman instragram peribadinya.
Pandelela yang merupakan atlet dalam program Road To Gold (RTG) terlepas peluang ke Paris 2024 apabila terkandas pada pusingan kelayakan di Doha dalam acara kegemarannya 10 meter (m) platform individu.
Pandelela menamatkan saingan di tempat ke-29 manakala bagi 10m platform seirama pula bersama gandingannya, Nur Dhabitah Sabri, mereka menamatkan aksi final di kedudukan ke-12 daripada 16 pasangan.